Hasil tinjauan awam Kementerian Kesihatan pada 21 - 28 Disember 2020 yang lalu mendapati 67% responden bersetuju menerima vaksin, 17% tidak pasti manakala 16% lagi tidak setuju untuk menerima vaksin.

Menurut Menteri Kesihatan Dr Adham Baba, seramai 212,000 responden telah mengambil bahagian dalam tinjauan awam yang dilakukan dalam talian itu.

Katanya melalui tinjauan itu, golongan yang 'tidak pasti' antara lain merasakan vaksin mempunyai kesan sampingan, tidak pasti vaksin selamat digunakan dan meragui bahan dalam vaksin.

Beliau berkata demikian dalam program Bicara DR di RTM 1 malam tadi.

Sumber video: https://www.facebook.com/415121165218337/videos/219852086407413/